![]() |
cinta=Cinta Allah |
Bila sentuh pasal cinta,mesti kebanyakan manusia terbayang couple sedang berpegangan tangan,makan bersama...kan?Maybe tak semua yang berfikiran begitu tapi MOSTLY..pernah tak kita nak ambil tahu dengan lebih mendalam tentang cinta yang lebih penting dari apa yang kita bayangkan tadi?cinta apa agaknya?
Pernah kita fikir..
"Betulke selama nie aku cintakan Allah?".....
"Tapi kenapa tak dapat rasa kemanisan cinta tu?Kenapa tak rasa seronok beramal ibadah?Rasa terpaksa adalah.."
Mari saya kongsikan tanda-tanda yang kita cintakan Dia.Cuba kita refleksi diri,apa tanda-tanda itu ada dalam diri kita?
Ana kongsikan juga ayat dari cerpen Akhi Hilal Asyraf yang bertajuk Cintanya,CintaNya..
Buat renungan bersama..
"Bila muhasabah semula, yalah, mungkin ada banyak perkara dengan Allah itu masih belum selesai sepenuhnya.
Solat lebih banyak sendiri daripada di masjid. Alasannya tak ada masa. Memang tak ada masa, sebab sendiri tak betul-betul susun masa. Huhu. Jadi yang itu diperbaiki. Alhamdulillah, sekarang paling kurang Subuh, Maghrib dan Isya’ berjemaah di Masjid.
Al-Quran tak banyak baca. Alasannya, dah baca empat muka surat sehari. Well, kalau tengok semula, banyak je masa rehat yang sekadar tak buat apa-apa berbanding diisi dengan kalamullah itu. Sekarang alhamdulillah, diperbaiki. Paling kurang, sehari 10 muka. Jadi dua hari, 1 juzu’. Sebulan paling kurang dapatlah separuh Al-Quran. Cuba istiqomah.
Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil, dan Istighfar jarang sangat buat. Memang tak terfikir pun. Selalunya kalau lepas solat tu, kalau dapat buat 10-10 pun dah rasa hebat dah. Kini diperbanyakkan. Kalau ada masa kosong, memang usahakan agar lidah itu basah dengan semua yang tadi.
Qiamullail dulu jarang-jarang. Melainkan kalau ada program khusus dengan sahabat-sahabat, dan kalau dah dekat nak exam. Kini disiplinkan diri, setiap malam Jumaat, seminggu sekali paling kurang. Tanam dalam diri bahaqa Qiamullail itu satu keperluan diri. Memang diri ini perlu untuk berkhalwat dengan Allah SWT.
Solat witir dahulu memang buat masa ada program Qiamullail sahaja. Sekarang, disiplinkan diri agar dibuat hari-hari sebelum tidur. Sebelum solat witir itu, buat dulu Solat Sunat Taubat. Mohon ampun segala dosa-dosa.
Solat Dhuha jarang buat. Sekarang sudah disiplinkan diri. Waktu minum pagi, mesti menyelit juga untuk buat Solat Dhuha dua rakaat. Mohon dipermurahkan rezeki oleh Allah SWT. Mohon dipermudahkan segala urusan."
Wallahua'lam...